Post-post lama ... skang Safiya Prima

Safiya Prima


Sambil belek-belek post lama, tergamit kenangan semasa membina perniagaan online bersama bini den tersayang aka Pn. Lina.  Pn. Lina sekarang banyak meluangkan masa kat rumah bersama anak2.  Maklumlah sekarang sorang anak dah nak amik SPM. Sorang lagi tengah amik UPSR.

So si abah dia la yang pi tengok perjalanan perniagaan dibawah jenama baru Labeyla.  Tetapi adalah masa yang tertentu Pn. Lina menjengok perjalanan perniagaan ni untuk pastikan dia tak lari dari landasan.

Ada sorang lagi partner, En. Syahril, dia ni pemalu orang dia.  Tapi dia jaga bahagian kewangan syarikat.

Pada awal penubuhan cuma saya dan Pn. Lina serta cik Tasya saja yang pulun bangunkan perniagaan.  Cik Tasya la yang tolong jawab dan bungkus order, dia la juga model tudung kami.

Sekarang ni Cik Tasya sudah jadi Pn. Tasya dah.  Dan masih bersama kami membangunkan Labeyla.

Semalam baru kami lancarkan Safiya Prima,  model dia bukan Pn. Tasya dah.  Sekarang model dah orang lain.  Saya pun dah tak jadi photographer dah.  Dulu kami bersilih ganti, sekejap saya jadi photographer, sekejap pn. lina jadi photographer.   Mula dengan phone blackberry, kemudian upgrade jadi iphone sebagai kamera official.  Kemudian beli DSLR.  Last-last sekarang kami sewa photo studio beserta model.

Gitu lah jatuh bangun berniaga.  Mula dari kecik, kemudian membesar.  Labeyla sekarang, Alhamdulillah.  Team dah membesar dari 1 ke 6 orang fulltime dah, tak termasuk kami lagi.  Tambah lagi 2 orang boleh buat team bola dah.  Sekarang ni team futsal boleh la kot.

No comments:

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Adbox

@labeylaofficial