Assalamualaikum .. tak jawab berdosa.

Assalamualaikum ... tak jawab berdosa...

Setelah lama tak menulis diblog ni.  Kita kembali menulis balik memandangkan ada permintaan untuk kita menulis.

Ingat tak dulu masa awal-awal dulu, happylifeshoppe selalu postkan produk dan penerangan mengenai produk happylifeshoppe disini.

Ada order form untuk diguna ada ruangan komen untuk pertanyaan.

Semenjak wujudnya webstore ataupun shopping cart dan facebook serta instagram, penulisan blog mengenai hijab semakin sepi, lepas tu semput lepas tu krik krik.

Masa berubah. Teknologi pun berubah dengan pantas.  Selepas tu kita nampak lambakan program-program ads oleh facebook, kemudian bergerak ke instagram lepas tu youtube.

Berduyun-duyun peniaga mengambil peluang untuk dapatkan capaian kepada prospek melalui program ini.  Kemudian nilai ads semakin tinggi.  Iyo la, makin banyak permintaan, makin tinggi la harga.

Keluar pula idea, zero kos marketing, sebab peniaga pening dah sebab bayar kos ads tetapi tidak dapat hasil yang dikehendaki.  Samada tiada ilmu ataupun budget dah abih.

Salah satu kaedah yang masih relevan sehingga kini adalah penulisan blog.  Masih ramai yang menulis, dan masih ramai yang close sales melalui blog.

Jika dulu kami menulis dibawah nama happylifeshoppe, kini kita menulis dibawah nama labeyla pula. Sebabnya happylifeshoppe sekarang telah bertukar nama menjadi labeyla sejak tahun 2016.

Labeyla telah melalui fasa digital marketing yang baru iaitu fasa pemasaran melalui media sosial dan ads.  Dalam menambah capaian kepada pengguna internet dan sosial media, kita kembali menulis.  Topik mungkin huru-hara sikit sebabnya penulisnya sekarang ni dalam kepala dia terlalu banyak idea tengah berjalan.  Sementara, otaknya nak berhubung dengan betui, kita layan la dulu ye celoteh penulis nih.

No comments:

Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Adbox

@labeylaofficial